i-Sinar Interim KWSP: Tarikh Pembayaran RM1000

KWSP telah mengumumkan bahawa pemohon I- Sinar kategori 2 yang berjaya akan menerima pembayaran interim sehingga RM1000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon.

Tarikh pembayaran I Sinar Interim pula berbeza mengikut kelulusan daripada pihak KWSP.

Bantuan lain: BPR 2021.

Tarikh Pembayaran I-Sinar Interim

Pembayaran akan dimasukkan bermula 26 Januari 2021. Pembayaran ini bertujuan untuk meringankan beban pencarum dalam menghadapi PKP 2.0 dan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.

Untuk memudahkan pembayaran tersebut, pencarum diminta untuk membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online (https://isinar.kwsp.gov.my).

Permohonan Baharu I-Sinar

Bagi mereka yang belum memohon dan ingin berbuat demikian, anda boleh membuat permohonan baharu. Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2021. Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat -syarat yang telah ditetapkan iaitu :

  1. Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2021 atau
  2. Tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut.

I Sinar Interim : Dokumen sokongan pengisytiharan kendiri

Bagi pengisytiharan kendiri, anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan seperti yang berikut :

  1. Slip/Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan; Pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji,elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus) DAN
  2. Slip/penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan: Pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus) DAN
  3. Notis pengesahan majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa: ATAU
  4. Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.

Bilakah pembayaran RM1000 akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon?

Pada 26 januari 2021.

Apakah itu pengisytiharan kendiri?

Pengisytiharan pendapatan yang terjejas dengan menyediakan dokumen yang berkaitan.

Adakah penyata bank boleh dijadikan dokumen pengisyiharan kendiri?

Ya. Boleh. Ianya boleh diperolehi secara online pada sistem perbankan online masing-masing. Atau boleh terus ke cawangan bank tempat anda membuka akaun.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.