e-Tunai Belia Rahmah RM200: Tebus dan Mohon Sekarang!

Pengenalan e-Tunai Belia Rahmah

eTunai Belia Rahmah adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan dan membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan belia. Inisiatif ini ditujukan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun atau penuntut Institusi Pengajaran Tinggi (IPT) yang layak. Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus pada 26 Jun 2023.

Permohonan eTunai Belia Rahmah

Permohonan boleh dibuat mulai 26 Jun 2023. Melalui 3 platform eWallet yang disediakan iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

📚Join Telegram untuk lebih info bantuan.

Tebus melalui salah satu aplikasi e-Wallet yang tertera seperti di atas. Penebusan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Kelayakan

KelayakanKeterangan
WarganegaraMalaysia
Umur18-20 tahun pada 2023
StatusBerstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia
Institusi Pendidikan di Malaysia
Kolej Komuniti
Politeknik
Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
Senior Middle 3
Sijil Tinggi Agama (STAM)
Diploma Kolej Vokasional
Diploma dan setara institusi TVET
Pengajian Asas (Foundation) / Asasi
A-Level
International Baccalaureate Diploma
Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
Diploma Lanjutan
Sarjana Muda dan setaraf
Sarjana dan setaraf
Doktor Falsafah dan setaraf
Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

Cara Tebus Dan Permohonan

Cara penebusan akan dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan e-Wallet Rahmah.

Agensi Terlibat

Inisiatif ini dianjurkan oleh Kementerian Kewangan.

FAQ

Apakah e-Tunai Belia Rahmah?

e-Tunai Belia Rahmah adalah inisiatif oleh Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan belia.

Siapa yang layak untuk eTunai Belia Rahmah?

Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau penuntut Institusi Pengajaran Tinggi (IPT) yang layak boleh menerima bantuan ini.

Bila boleh ditebus bantuan e-Tunai Belia Rahmah?

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 dijangka boleh ditebus pada akhir Jun 2023.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8882 4666 atau 03-8882 9089 (8.30 pagi – 5.30 petang) atau isi Borang Maklumbalas yang disediakan.