Cara Mohon Biasiswa Yayasan KLK 2022

Biasiswa Yayasan KLK 2022. Yayasan KLK merupakan sebuah syarikat peladangan yang telah ditubuhkan sejak 1906 dan disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Menerusi yayasan yang telah ditubuhkan ini, mereka terut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.

Selain menawarkan biasiswa, pelajar yang ditaja juga berpeluang bekerja di syarikat ini atau dalam unit perniagaan yang lain.

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi pelajar yang layak boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2022.

Biasiswa Yayasan KLK 2022
Cara Mohon Biasiswa Yayasan KLK 2022 5

Kadar Biasiswa

Pelajar bagi kursus Ijazah Sarjana Muda yang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut :

  • Institusi Awam – RM 13,000 setiap tahun akademik.
  • Institusi Swasta – RM 20,000 setiap tahun akademik.
Biasiswa Yayasan KLK 2022
Cara Mohon Biasiswa Yayasan KLK 2022 6

Bidang Pengajian

Bagi bidang pengajian yang diutamakan untuk menerima tajaan biasiswa ini adalah :

  • Sains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hotikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang yang berkaitan.
  • Kejuruteraan ( Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).
  • Perakaunan atau Kewangan.
  • Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).
  • Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang yang berkaitan).

Syarat Kelayakan

Bagi syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan KLK 2022 ini, pelajar perlulah memenuhi syarat kelyakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mendapat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi.
  • Tidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi.
  • Bon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat Pengajian.
BACA JUGA:  Tips Cemerlang Dalam Ujian Speaking

Cara Mohon Biasiswa Yayasan KLK 2022

Bagi pelajar yang layak boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan = https://drive.google.com/file/d/1Z73agYZ3zTC1uJVIAzziurtNn89pqytr/view?fbclid=IwAR19iCNv-wzHUCJPNxJv5RxtLy3c8vzfkyNSTNVAzVWCeunJWHlmRqljTwc
  2. Imbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email protected]
    ATAU
  3. Poskan borang permohonan yang lengkap diisi dengan sijil bekaitan cth : SPM, STPM (atau staraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut :

    Permohonan Biasiswa Yayasa KLK,
    Kuala Lumpur Kepong Berhad,
    Wisma Taiko, No 1,
    Jalan S.P Seenivasagam,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaa dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan KLK 2022, sila layari laman web rasmi = https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan biasiswa ini ?

Sebelum 30 September 2022.

Berapakah kadar biasiswa yang diberikan ?

1. Institusi Awam – RM 13,000 setiap tahun akademik.
2. Institusi Swasta – RM 20,000 setiap tahun akademik.